Kearah Kebebasan Kewangan.


5P Kami Untuk mencapai Kejayaan.

Produk.

Menyentuh mengenai kejayaan Produk dan perniagaan, terdapat 3 faktor yang paling utama iaitu Kualiti, Kepelbagaian dan Keselamatan. Sudah lebih 30 tahun, eCosway memupuk kerjasama erat dengan para pembekal bahan mentah dan bahan kandungan yang terkemuka, pengilang dan penyelidik yang bereputasi tinggi diserata dunia bagi menawarkan pelbagai produk penjagaan diri peribadi, rangkaian penjagaan kulit, rangkaian produk kecantikan dan peralatan, makan-makanan kesihatan tambahan dan peralatan-peralatan, makanan dan minuman, produk penjagaan dan pencucian rumah, sistem penapisan dan sistem penukaran air, alat-alat perahan jus perlahan pemejalan di tambah lagi dengan produk-produk menarik yang pasti menarik minat baru dan menjana penjualan produk.

Selari dengan peningkatan kesedaran mengenai kesihatan dan keprihatinan terhadap alam sekitar diseluruh dunia, eCosway telah menumpukan produk-produk kepada produk asli dan organik. Kebanyakkan produk kesihatan dan kecantikan eCosway ada lah bebas dari kandungan merbahaya seperti sodium Laurlil Sulfat (SLS), Sodium Laureth Sulfat (SLES), Paraben, Galian Minyak, Fluorida dan Logam Berat. Kebanyakan dari produk eCosway ialah produk asli dan organik, bebas dari sebarang racun kimia makhluk perosak, kulat, serangga, pewarna perasa tiruan, serta perisa makanan tambahan. Anda membeli produk yang terbaik kepada yang tersayang untuk menikmatinya dengan tenang tanpa rasa bimbang dan syak.

Harga.

eCosway berbangga kerana menawarkan produk-produk berkualiti tinggi pada harga yang terhebat untuk memastikan peningkatan jualan yang berterusan dan melahirkan pelanggan-pelanggan yang setia.

Lokasi.

Anda pastinya pernah mendengar bahawa kunci perniagaan ialah "Lokasi, Lokasi, Lokasi". Kedai eCosway dibuka di kawasan perumahan yang berpadatan tinggi, dipusat membeli belah (tumpuan orang ramai) bagi memudahkan orang ramai mengunjungi dan membeli produk terhebat eCosway. eCosway juga turut menyediakan produk dalam talian bagi mereka yang tinggal jauh dari kedai-kedai kami.

Promosi.

Program Ganjaran Belian inovatif eCosway menawarkan para pembeli menikmati promosi, diskaun, tawaran produk baru serta ganjaran hebat yang sukar dilepaskan. Penghantaran katalog yang berterusan dan bahan-bahan promosi pasti menark minat mereka mengunjungi kedai-kedai kami dengan tawaran-tawaran istimewa.

Pelan Keuntungan.

eCosway mempunyai Pelan Keuntungan yang unik, yang boleh memberi anda pendapatan hasil dari pembelian rakan-rakan anda atau-ahli dibawah tajaan anda. Apabila anda memperkenalkan produk eCosway berkualiti tinggi pada harga terendah atau peluang perniagaan kami, anda sebenarnya telah memulakan cawangan baru di dalam rangkaian pengguna peribadi anda. Lebih baik lagi jika mereka pula memberitahu pada kenalan-kenalan mereka, dan kenalan mereka-kenalan mereka pula memberitahu kepada kenalan yang lain dan begitulah seterusnya proses perkembangan jaringan rangkaian anda. Cawangan anda akan meningkat dan berkembang ke seluruh dunia. Anda akan menikmati keuntungan dari perniagaan anda sendiri. Walau apa pun, yang penting dan berhaga dalam perniagaan ialah pelanggannya. Dengan mengembangkan rangkaian pelanggan setia eCosway dan Pemilik Perniagaan Bebas (IBO), anda akan menikmati aliran keuntungan yang berterusan, malah yang boleh diwasiatkan kepada pewaris-pewaris anda!

Langkah Permulaan.

Daftar lah menjadi Pemilik Perniagaan Bebas eCosway (IBO). Anda hanya perlu membayar RM100 untuk mendapatkan langganan dan sokongan tahunan, yang mana ini merangkumi risalah produk-produk baru (yang akan dihantar ke rumah anda) dan Sistem Sokongan Pemilikan Perniagaan (B.O.S.S) eCosway termasuk lah kemudahan akses dalam talian pada bila-bila masa, dimana jua tempat yang mempunyai talian internet.